Monday, 30 September 2013

APAM AISKRIM

Salah satu keluaran Sweet Daughters...sangat cantik untuk dijadikan door gift bagi pelbagai majlis. Ingat susah untu membuatnya..Tapi bila buat senang rupanya. saya lebih menyukai membuat apam aiskrim daripada apam dot..dot. Resepi boleh berkongsi.. selamat mencuba ya..

Apam aiskrim

Panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya air pada tutup kukusan tidak menitis di atas apam kita nanti. Guna api sederhana . Jika tidak  apam akan  menjadi mekar.

Bahan-Bahannya:




3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor 
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~  (vanila pun boleh)
Pewarna
Kon kertas secukupnya (buat sendiri)
Coklat masakan gelap secukupnya 
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

Cara-caranya:

1.Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan lebih kurang 5-7 minit

2. Tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut  
3. Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
4. Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
5.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
6.Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka, gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati.


Cara Mengukus..



1.Susun kon dalam kukusan. Cucuk  dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang pengukus. Pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas. 


2.Kukusan     ada 3 bekas dan satu tutup.kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tersebut.

3.Adunan tersebut tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli. 

4.Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

5. Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak.

6. Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk
Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.

Sekarang kita cairkan coklat saya campur mentega sikit bagi berkilat. Gunakan kaedah double boiler.


 7.Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu ita kata jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat)

8.Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! ikut kita.

9.Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Sehingga coklat keras.



No comments:

Post a Comment