Alhamdulillah..
Akhirnya sweet Daughters mengeluarkan tepung kek coklat yang sangat sedap... Setiap pek coklat disertakan sekali dengan button coklat untuk membuat topping kek. Ini memudahkan anda hanya tambah bahan asas sahaja yang sudah terdapat di dapurkan.
Sweet Daughters
Nama Sweet Daughters lahir daripada ilham yang dikurnia oleh Allah. Ia simbolik kerana saya mempunyai dua anak perempuan yang selalu mengembirakan hati saya. Semoga Sweet Daughters menjadikan kita semua kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.
Monday, 18 November 2013
Wednesday, 30 October 2013
KUIH LAPIS
Kuih Lapis adalah antara kuih kegemaran saya. Hati sering terdetik untuk membuatnya sendiri. Sudah beberapa kali mencuba tapi hasilnya tidak memuaskan. Sehinggalah saya telah berkenalan dengan seorang makcik penjual kuih. Antara kuih yang dijual adalah kuih lapis. Makcik ni sudi mengajar cara untuk membuat kuih lapis dan hasil wahhh sungguh memuaskan.. jom kita mencubanya.
KUIH LAPIS
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan gula
sedikit garam
pewarna merah
Cara-caranya:
1. Bancuh semua bahan kecuali pewarna, selepas itu blender supaya bahan hancur sekata.
2. bahagi kepada dua warna satu merah satu warna asal.
3. Ooppps sebelum bancuh panaskan pengukus dulu.Penutup Pengukus bungkus dengan kain supaya air tak menitik. Sapukan loyang dengan minyak supaya kuih tidak melekat.
4. masukkan adunan satu cawan kukus selama 5 minit, begitulah sehingga habis yang last sekali kukus selama 20 minit. Biarkan sejuk baru potong ya.
KUIH LAPIS
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan gula
sedikit garam
pewarna merah
Cara-caranya:
1. Bancuh semua bahan kecuali pewarna, selepas itu blender supaya bahan hancur sekata.
2. bahagi kepada dua warna satu merah satu warna asal.
3. Ooppps sebelum bancuh panaskan pengukus dulu.Penutup Pengukus bungkus dengan kain supaya air tak menitik. Sapukan loyang dengan minyak supaya kuih tidak melekat.
4. masukkan adunan satu cawan kukus selama 5 minit, begitulah sehingga habis yang last sekali kukus selama 20 minit. Biarkan sejuk baru potong ya.
Monday, 7 October 2013
AIS KRIM HOMEMADE
Resepi ni sedap ambik resepi Jue Nida..pandai buat ais krim sendiri..jom kita pakat-pakat buat:
Bahan-bahannya
1 tin susu pekat manis
2 tin susu air masak
1 sudu besar overlatte
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila
2@3 sudu serbuk koko
Cara-caranya:
Bahan-bahannya
1 tin susu pekat manis
2 tin susu air masak
1 sudu besar overlatte
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila
2@3 sudu serbuk koko
Cara-caranya:
- Masak susu dengan air dan masukkan tepung jagung supaya nanti ais krim kita tidak cair.
- Kacau atas api iar agak-agak tepung jagung masak.
- Angkat, masukkan dalam bekas besar biarkan betul-betul sejuk.
- Selepas itu tambahkan overlatte dan esen vanila lepas itu mixer dengan kelajuan tinggi.
- Putar hingga kembang.
- Bahagikan bebrapa bahagian letak warna kesukaan masing..coklat, strawberi dan warna asal.
Sunday, 6 October 2013
AYAM GORENG HALIA
Saya suka Ayam Goreng Halia..masa saya kecik makan masakan ini hanya di restoren. Tapi sekarang dah pandai masak sendiri, jom kita masak.
Bahan-bahannya..
500 gm ayam di potong kecil
3 inchi halia dimayang halus
6 ulas bawang putih dimayang nipis
1 biji bawang besar di belah kecil
3 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah potong serong
garam
perasa
daun salad untuk hiasan
Cara-caranya
Bahan-bahannya..
500 gm ayam di potong kecil
3 inchi halia dimayang halus
6 ulas bawang putih dimayang nipis
1 biji bawang besar di belah kecil
3 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah potong serong
garam
perasa
daun salad untuk hiasan
Cara-caranya
- Ayam yang sudah dibersihkan, diperap dengan sedikit garam selama 10 minit.
- Selepas itu, goreng ayam ayam tersebut sampai masak..ketepikan.
- Tumis semua bahan yang di mayang hingga kekuningan.
- Masukkan sedikit air, masukkan sos, kicap. perasa
- masukkan bawang besar, cili dan ayam gaul hingga rata..cuba kalau x cukup garam tambah.
- Hidangkan di hias daun salad.
Selamat Mencuba.
Saturday, 5 October 2013
SEHARI DI KELAS MEK SITI
Hari ini 5/10/2010 amat bermakna kerana dapat hadir dalam kelas ajuran MEK SITI secara percuma kelas belajar membuat tart buah dan sayur (VFC)..seronok dapat banyak ilmu dan kawan. Dulu saya tak suka buat tart..tapi sekarang dah suka..
Thursday, 3 October 2013
KASWI
Bahan-bahannya
6 keping Nisan (Orang Kelantan tau)
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
sedikit air kapur
* semua bahan tersebut perlu di masak sehingga sebati, sejukkan.
2 cawan gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan air
Cara-caranya
1. Bancuhkan semua bahan tersebut dengan sebati..lepas itu blender supaya tidak berketul.
2. Masukkan dalam loyang yang di sapu minyak. kukus dalam 30 minit.
3. Biarkan sejuk, baru potong.
4. Gaul dengan kelapa muda yang diletak sedikit garam..
Selamat mencuba..
6 keping Nisan (Orang Kelantan tau)
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
sedikit air kapur
* semua bahan tersebut perlu di masak sehingga sebati, sejukkan.
2 cawan gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan air
Cara-caranya
1. Bancuhkan semua bahan tersebut dengan sebati..lepas itu blender supaya tidak berketul.
2. Masukkan dalam loyang yang di sapu minyak. kukus dalam 30 minit.
3. Biarkan sejuk, baru potong.
4. Gaul dengan kelapa muda yang diletak sedikit garam..
Selamat mencuba..
Bentuk Lompang
Siap di gaul kelapa
Hiasan Makanan Meja Pengantin
Subscribe to:
Posts (Atom)