Kuih Lapis adalah antara kuih kegemaran saya. Hati sering terdetik untuk membuatnya sendiri. Sudah beberapa kali mencuba tapi hasilnya tidak memuaskan. Sehinggalah saya telah berkenalan dengan seorang makcik penjual kuih. Antara kuih yang dijual adalah kuih lapis. Makcik ni sudi mengajar cara untuk membuat kuih lapis dan hasil wahhh sungguh memuaskan.. jom kita mencubanya.
KUIH LAPIS
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan gula
sedikit garam
pewarna merah
Cara-caranya:
1. Bancuh semua bahan kecuali pewarna, selepas itu blender supaya bahan hancur sekata.
2. bahagi kepada dua warna satu merah satu warna asal.
3. Ooppps sebelum bancuh panaskan pengukus dulu.Penutup Pengukus bungkus dengan kain supaya air tak menitik. Sapukan loyang dengan minyak supaya kuih tidak melekat.
4. masukkan adunan satu cawan kukus selama 5 minit, begitulah sehingga habis yang last sekali kukus selama 20 minit. Biarkan sejuk baru potong ya.
No comments:
Post a Comment