Wednesday, 30 October 2013

KUIH LAPIS

Kuih Lapis adalah antara kuih kegemaran saya. Hati sering terdetik untuk membuatnya sendiri. Sudah beberapa kali mencuba tapi hasilnya tidak memuaskan. Sehinggalah saya telah berkenalan dengan seorang makcik penjual kuih. Antara kuih yang dijual adalah kuih lapis. Makcik ni sudi mengajar cara untuk membuat kuih lapis dan hasil wahhh sungguh memuaskan.. jom kita mencubanya.

KUIH LAPIS


Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan gula
sedikit garam
pewarna merah


Cara-caranya:

1. Bancuh semua bahan kecuali pewarna, selepas itu blender supaya bahan hancur sekata.
2. bahagi kepada dua warna satu merah satu warna asal.
3. Ooppps sebelum bancuh panaskan pengukus dulu.Penutup Pengukus bungkus dengan kain supaya air tak menitik. Sapukan loyang dengan minyak supaya kuih tidak melekat.
4. masukkan adunan satu cawan kukus selama 5 minit, begitulah sehingga habis yang last sekali kukus selama 20 minit. Biarkan sejuk baru potong ya.



Monday, 7 October 2013

AIS KRIM HOMEMADE

Resepi ni sedap ambik resepi Jue Nida..pandai buat ais krim sendiri..jom kita pakat-pakat buat:

Bahan-bahannya

1 tin susu pekat manis
2 tin susu air masak
1 sudu besar overlatte
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila
2@3 sudu serbuk koko

Cara-caranya:

  1. Masak susu dengan air dan masukkan tepung jagung supaya nanti ais krim kita tidak cair.
  2. Kacau atas api iar agak-agak tepung jagung masak.
  3. Angkat, masukkan dalam bekas besar biarkan betul-betul sejuk.
  4. Selepas itu tambahkan overlatte dan esen vanila lepas itu mixer dengan kelajuan tinggi.
  5. Putar hingga kembang. 
  6. Bahagikan bebrapa bahagian letak warna kesukaan masing..coklat, strawberi dan warna asal.

Sunday, 6 October 2013

AYAM GORENG HALIA

Saya suka Ayam Goreng Halia..masa saya kecik makan masakan ini hanya di restoren. Tapi sekarang dah pandai masak sendiri, jom kita masak.

Bahan-bahannya..

500 gm ayam di potong kecil
3 inchi halia dimayang halus
6 ulas bawang putih dimayang nipis
1 biji bawang besar di belah kecil
3 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah potong serong
garam
perasa
daun salad untuk hiasan

Cara-caranya


  1. Ayam yang sudah dibersihkan, diperap dengan sedikit garam selama 10 minit.
  2. Selepas itu, goreng ayam ayam tersebut sampai masak..ketepikan.
  3. Tumis semua bahan yang di mayang hingga kekuningan.
  4. Masukkan sedikit air, masukkan sos, kicap. perasa
  5. masukkan bawang besar, cili dan ayam gaul hingga rata..cuba kalau x cukup garam tambah.
  6. Hidangkan di hias daun salad.
Selamat Mencuba.




Saturday, 5 October 2013

SEHARI DI KELAS MEK SITI

Hari ini 5/10/2010 amat bermakna kerana dapat hadir dalam kelas ajuran MEK SITI secara percuma kelas belajar membuat tart buah dan sayur (VFC)..seronok dapat banyak ilmu dan kawan. Dulu saya tak suka buat tart..tapi sekarang dah suka..







Thursday, 3 October 2013

KASWI

 Bahan-bahannya

6 keping Nisan (Orang Kelantan tau)
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
sedikit air kapur
* semua bahan tersebut perlu di masak sehingga sebati, sejukkan.

2 cawan gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan air


Cara-caranya

1. Bancuhkan semua bahan tersebut dengan sebati..lepas itu blender supaya tidak berketul.
2. Masukkan dalam loyang yang di sapu minyak. kukus dalam 30 minit.
3. Biarkan sejuk, baru potong.
4. Gaul dengan kelapa muda yang diletak sedikit garam..


Selamat mencuba..

Bentuk Lompang



Siap di gaul kelapa


Hiasan Makanan Meja Pengantin

Ayam Golek Kasih Sayang

Mula-mula saya selalu tengok orang menghias meja pengantin..Lama saya jadi minat..ramai kawan-kawan mintak untuk hias makanan pengantin ini antaranya...


Kepala meja Nutget dengan udang
 
Meja Pengantin

Ikan Siakap Tiga Rasa
Udang Gerimis Kalbu
Ikan Siakap Rindu
                                                       
Semerak Kasih 



Tuesday, 1 October 2013

Kek Span / Kek Sarang Semut

Kalau di Kelantan kek ini lebih di kenali sebagai ksepi  Kek Span je..Saya mula pandai buat kek ni masa umur 15 tahun. Kek ini nampak senang tapi susah untuk membuatnya..takut jadi tak bersarang.


Ini saya bagi resepi asal yang selalu saya guna..selamat mencuba ya..


Bahan2nya


Semangkuk gula
Semangkuk Gandum
Semangkuk Telur
1/2 tin susu pekat
3 sudu majerin
1 sudu esen vanila
1 sudu kecil soda bikarbonat.

Caranya:

1. goreng gula tanpa minyak dengan api yang kecil bila sudah betul2 hancur, masukkan air biar mendidih sekejap. sejukkan biar betul2 sejuk.

2. mixer telur bersama soda dan bikarbonat sampai kembang.

3. dalam mangkuk besar yang digunakan untuk campur semua bahan letak susu dan manjerin hancurkan guna senduk.

4. selepas itu masukkan gandum berselang seli dgn telur kedalam mangkuk bancuhan.kacau biar rata.

5. Akhir sekali masukkan air gula, kacau rata terus masukkan kedalam loyang yang telah di sapu majerin. terus masuk dalam oven yang dipanaskan 180 darjah celcius. bakar dalam 45 minit.

* mangkuk yang digunakan untuk sukat semua bahan mestilah mangkuk yang sama. Saya selalu guna mangkuk yang muat 8biji telur bersaiz B.